GABUNGAN KOPERASI UNIVERSITI BERHAD

GABUNGAN KOPERASI UNIVERSITI BERHAD

(UNIT PERHUBUNGAN KEAHLIAN)


ENTITI KORPORAT

Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi,1993 pada tahun 1988,Gakub ialah sebuah gabungan koperasi-koperasi asas seluruh Malaysia yang berdaftar di bawah Akta yang sama.Keanggotaannya adalah terdiri pada amnya daripada koperasi-koperasi IPTA, tetapi koperasi-koperasi berdaftar lain digalakkan juga menjadi anggota.Gakub dimodelkan mengikut The National Federation of University Cooperatives, Japan (NFUCA). Undang-undang Kecil GAKUB yang digunakan sekarang telah dipinda secara keseluruhannya oleh SKM pada tahun 2011

MATLAMAT

Matlamat GAKUB ialah untuk memudahkan operasi anggotanya mengikut prinsip koperasi.

FUNGSI

Fungsi GAKUB ialah PERKHIDMATAN.

AKTIVITI

Bagi mencapai matlamat dan fungsi di atas,Koperasi ini boleh menjalankan aktiviti berikut selaras dengan undang-undang kecil nya:-


-Mendapatkan bekalan barangan secara pukal dan membekalkannya kepada anggota
-Mencetak atau sebaliknya dihantar untuk dicetak buku-buku,majalah -majalah atau sebarang hasil karyawan,kakitangan universiti atau sebagainya.
-Memberi perkhidmatan perundingan dalam bidang kewangan dan pengurusan projek.
-Menerbitkan sebarang buku atau bahan-bahan bacaan yang diperlukan oleh universiti tempatan atau luar negara.
-Menjalankan kerja-kerja kontrak dan pembekalan.
-Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota.
-Membeli,menjual,memindahkan hak milik,mendirikan,menyewa,mencagar,memajak,mengagadai dan memiliki harta alih dan harta tidak alih.
-Melabur wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta
-Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
-Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.



Program Kemudahan Pembangunan Dan Keselamatan Kebajikan dan Kesihatan(PKPKKK)

PKPKKK merupakan sebuah program di bawah naungan Gabungan Koperasi Universiti Berhad (GAKUB).

Ia merupakan Skim terbaru dan terancang yang diperkenalkan oleh GAKUB bertujuan untuk membantu kepada semua individu yang berdaftar dari segi KEBAJIKAN,KESIHATAN dan KESELAMATAN.Keahlian PROGRAM PKPKKK GAKUB terbuka kepada :-

· -Semua individu yang sedang menganggotai koperasi-koperasi di Malaysia dan termasuklah yang telah bersara daripada perkhidmatan.

· -Semua koperasi dimalaysia dan semua kategori lain sebagaimana diluluskan oleh lembaga koperasi dari semasa ke semasa.

· -Semua individu yang mengangotai mana-mana persatuan atau badan NGO di Malaysia.

Namun,program ini juga menekankan individu dari sektor luar bandar dan pelajar,siswazah IPTA,IPTS,IPGM untuk memberi mereka satu intipati yang berfaedah mengenai program ini yang berumur 16 tahun hingga 65 tahun.Terbuka untuk rakyat Malaysia.

Thursday, 20 September 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEMUDAHAN PEMBANGUNAN KEBAJIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN(PKPKKK) OLEH TUAN HAJI MOHD KAMIL BIN HASSAN HELMI,PENGARAH SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI SELANGOR PADA 13 SEPTEMBER 2012






Majlis Pelancaran ini bertempat di Universiti Malaya.Seramai lebih kurang 1000 orang yang hadir dan terus berdaftar sebagai ahli semasa majlis tersebut dijalankan.Pihak kami amat berpuas hati dengan sambutan yang amat memberansangkan.Orang awam,pihak kakitangan koperasi-koperasi,malahan individu dari sektor kerajaan dan swasta juga memberi maklumbalas yang baik mengenai program ini.Dengan jumlah yang begitu besar sewaktu pelancaran ini berlangsung,ia menunjukkan bahawa sikap kesedaran masyarakat mengenai PROGRAM (PKPKKK) memberi imbuhan yang terbaik dalam kehidupan mereka.Pihak Gabungan Koperasi Berhad(GAKUB) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Suruhanjaya Malaysia(SKM) Selangor,Tuan Haji Mohd Kamil kerana hadir untuk menjayakan Majlis Pelancaran Program ini.Katanya "Program ini bukan satu program yang merugikan,bahkan ia adalah program skim pertama Kerajaan Malaysia tubuhkan untuk membantu rakyat menjamin kebajikan,kesihatan,dan keselamatan diri mereka".Semoga ahli-ahli dapat menikmati kelebihan dan keistimewaan yang disediakan di dalam skim ini.GAKUB akan sedia sedaya upaya untuk memberi yang terbaik untuk anda.





*publish by manisa marketing & enterprise*

No comments:

Post a Comment