FB:- Gabungan Koperasi Universiti Berhad.
NO : 36-1 Jalan Tanjung SD 13/@ Bandar Sri Damansara 52200 Kuala Lumpur.Tel : 03-6277 7006 / 03 - 6262 7006 Cawangan Gakub Zon Timur (KELANTAN) PT 1519,Tingkat Satu Bangunan Binaraya KM 5,Pengkalan Chepa 15400 Kota Bharu Darul Naim Tel : 09 - 773 0577 / 09 - 773 0727 (TERENGGANU) No : 47D Perumahan Rumah Murah,Jalan Bukit kecil 21100 Kuala Terengganu Terangganu Darul Iman. Tel : 09 - 622 5464
GABUNGAN KOPERASI UNIVERSITI BERHAD
GABUNGAN KOPERASI UNIVERSITI BERHAD
(UNIT PERHUBUNGAN KEAHLIAN)
ENTITI KORPORAT
Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi,1993 pada tahun 1988,Gakub ialah sebuah gabungan koperasi-koperasi asas seluruh Malaysia yang berdaftar di bawah Akta yang sama.Keanggotaannya adalah terdiri pada amnya daripada koperasi-koperasi IPTA, tetapi koperasi-koperasi berdaftar lain digalakkan juga menjadi anggota.Gakub dimodelkan mengikut The National Federation of University Cooperatives, Japan (NFUCA). Undang-undang Kecil GAKUB yang digunakan sekarang telah dipinda secara keseluruhannya oleh SKM pada tahun 2011
MATLAMAT
Matlamat GAKUB ialah untuk memudahkan operasi anggotanya mengikut prinsip koperasi.
FUNGSI
Fungsi GAKUB ialah PERKHIDMATAN.
AKTIVITI
Bagi mencapai matlamat dan fungsi di atas,Koperasi ini boleh menjalankan aktiviti berikut selaras dengan undang-undang kecil nya:-
-Mendapatkan bekalan barangan secara pukal dan membekalkannya kepada anggota
-Mencetak atau sebaliknya dihantar untuk dicetak buku-buku,majalah -majalah atau sebarang hasil karyawan,kakitangan universiti atau sebagainya.
-Memberi perkhidmatan perundingan dalam bidang kewangan dan pengurusan projek.
-Menerbitkan sebarang buku atau bahan-bahan bacaan yang diperlukan oleh universiti tempatan atau luar negara.
-Menjalankan kerja-kerja kontrak dan pembekalan.
-Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota.
-Membeli,menjual,memindahkan hak milik,mendirikan,menyewa,mencagar,memajak,mengagadai dan memiliki harta alih dan harta tidak alih.
-Melabur wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta
-Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
-Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.
Program Kemudahan Pembangunan Dan Keselamatan Kebajikan dan Kesihatan(PKPKKK)
PKPKKK merupakan sebuah program di bawah naungan Gabungan Koperasi Universiti Berhad (GAKUB).
Ia merupakan Skim terbaru dan terancang yang diperkenalkan oleh GAKUB bertujuan untuk membantu kepada semua individu yang berdaftar dari segi KEBAJIKAN,KESIHATAN dan KESELAMATAN.Keahlian PROGRAM PKPKKK GAKUB terbuka kepada :-
· -Semua individu yang sedang menganggotai koperasi-koperasi di Malaysia dan termasuklah yang telah bersara daripada perkhidmatan.
· -Semua koperasi dimalaysia dan semua kategori lain sebagaimana diluluskan oleh lembaga koperasi dari semasa ke semasa.
· -Semua individu yang mengangotai mana-mana persatuan atau badan NGO di Malaysia.
Namun,program ini juga menekankan individu dari sektor luar bandar dan pelajar,siswazah IPTA,IPTS,IPGM untuk memberi mereka satu intipati yang berfaedah mengenai program ini yang berumur 16 tahun hingga 65 tahun.Terbuka untuk rakyat Malaysia.
Wednesday, 17 October 2012
Bersama kami di Facebook Gabungan Koperasi Universiti Berhad dan klik LIKE!!
FB:- Gabungan Koperasi Universiti Berhad.
KOSMO! Gakub tawar pampasan tinggi dengan modal RM10 sebulan.
Wednesday, 10 October 2012
HalFest (PWTC) 10-14 OKTOBER 2012
![]() |
| HalFest di PWTC |
![]() |
| En.Ghani memberikan penerangan mengenai kelebihan GAKUB. |
![]() |
| Pengerusi GAKUB,Prof Hj.Said bin Kadis berbincang mengenai produk Kopi Durian yang mempunyai pasaran dalam GAKUB. |
![]() |
![]() |
| Skuad Utama GAKUB seluruh Malaysia bersama En.Ghani Pengurus Operasi Unit Keahlian. |
Tuesday, 9 October 2012
GAKUB DI FIESTA BERA (06-08/10/2012)
![]() |
| Orang ramai menunggu giliran untuk berdaftar sebagai ahli PKPKKK GAKUB. |
![]() |
| Pengarah Zon Timur Gakub bersama Dato Ismail Sabri dan Pengerusi Koperasi Putra Bera En.Sayuti serta skuad GAKUB yang lain. |
SKUAD GAKUB MENYERANG FIESTA BERA SIRI 3 UNTUK MENYEBARKAN PROGRAM KEBAJIKAN YANG BARU DILANCARKAN BARU-BARU INI.SAMBUTAN DARI PARA PENGUNJUNG AMAT MEMBERANGSANGKAN.KAMI BERSYUKUR KERANA DENGAN MENGHADIRINYA PROGRAM SEBEGINI,MATLAMAT PROGRAM GAKUB DAPAT DITERAPKAN OLEH PENDUDUK DI KAWASAN BERA.TAKLIMAT YANG DIBERIKAN DAPAT MEMBUKA MINDA MEREKA BAHAWASANYA PROGRAM KEBAJIKAN SEBEGINI PERLU DISEMAI OLEH SEMUA PIHAK.KAMI GAKUB MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKYAT BERA KERANA MEMBERI SOKONGAN PADU.KEPADA MEREKA YANG TERLEPAS PELUANG UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI DENGAN KAMI,ANDA BOLEH BERDAFTAR DAN BERURUSAN SERTA MENDAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM INI DI KOPERASI PUTRA BERA.TERIMA KASIH.














































