GABUNGAN KOPERASI UNIVERSITI BERHAD

GABUNGAN KOPERASI UNIVERSITI BERHAD

(UNIT PERHUBUNGAN KEAHLIAN)


ENTITI KORPORAT

Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi,1993 pada tahun 1988,Gakub ialah sebuah gabungan koperasi-koperasi asas seluruh Malaysia yang berdaftar di bawah Akta yang sama.Keanggotaannya adalah terdiri pada amnya daripada koperasi-koperasi IPTA, tetapi koperasi-koperasi berdaftar lain digalakkan juga menjadi anggota.Gakub dimodelkan mengikut The National Federation of University Cooperatives, Japan (NFUCA). Undang-undang Kecil GAKUB yang digunakan sekarang telah dipinda secara keseluruhannya oleh SKM pada tahun 2011

MATLAMAT

Matlamat GAKUB ialah untuk memudahkan operasi anggotanya mengikut prinsip koperasi.

FUNGSI

Fungsi GAKUB ialah PERKHIDMATAN.

AKTIVITI

Bagi mencapai matlamat dan fungsi di atas,Koperasi ini boleh menjalankan aktiviti berikut selaras dengan undang-undang kecil nya:-


-Mendapatkan bekalan barangan secara pukal dan membekalkannya kepada anggota
-Mencetak atau sebaliknya dihantar untuk dicetak buku-buku,majalah -majalah atau sebarang hasil karyawan,kakitangan universiti atau sebagainya.
-Memberi perkhidmatan perundingan dalam bidang kewangan dan pengurusan projek.
-Menerbitkan sebarang buku atau bahan-bahan bacaan yang diperlukan oleh universiti tempatan atau luar negara.
-Menjalankan kerja-kerja kontrak dan pembekalan.
-Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota.
-Membeli,menjual,memindahkan hak milik,mendirikan,menyewa,mencagar,memajak,mengagadai dan memiliki harta alih dan harta tidak alih.
-Melabur wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta
-Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
-Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.



Program Kemudahan Pembangunan Dan Keselamatan Kebajikan dan Kesihatan(PKPKKK)

PKPKKK merupakan sebuah program di bawah naungan Gabungan Koperasi Universiti Berhad (GAKUB).

Ia merupakan Skim terbaru dan terancang yang diperkenalkan oleh GAKUB bertujuan untuk membantu kepada semua individu yang berdaftar dari segi KEBAJIKAN,KESIHATAN dan KESELAMATAN.Keahlian PROGRAM PKPKKK GAKUB terbuka kepada :-

· -Semua individu yang sedang menganggotai koperasi-koperasi di Malaysia dan termasuklah yang telah bersara daripada perkhidmatan.

· -Semua koperasi dimalaysia dan semua kategori lain sebagaimana diluluskan oleh lembaga koperasi dari semasa ke semasa.

· -Semua individu yang mengangotai mana-mana persatuan atau badan NGO di Malaysia.

Namun,program ini juga menekankan individu dari sektor luar bandar dan pelajar,siswazah IPTA,IPTS,IPGM untuk memberi mereka satu intipati yang berfaedah mengenai program ini yang berumur 16 tahun hingga 65 tahun.Terbuka untuk rakyat Malaysia.

Tuesday, 9 October 2012

GAKUB DI FIESTA BERA (06-08/10/2012)









Orang ramai menunggu giliran untuk berdaftar sebagai ahli PKPKKK GAKUB.















Pengarah Zon Timur Gakub bersama Dato Ismail Sabri dan Pengerusi  Koperasi Putra Bera En.Sayuti serta skuad GAKUB yang lain.














SKUAD GAKUB MENYERANG FIESTA BERA SIRI 3 UNTUK MENYEBARKAN PROGRAM KEBAJIKAN YANG BARU DILANCARKAN BARU-BARU INI.SAMBUTAN DARI PARA PENGUNJUNG AMAT MEMBERANGSANGKAN.KAMI BERSYUKUR KERANA DENGAN MENGHADIRINYA PROGRAM SEBEGINI,MATLAMAT PROGRAM GAKUB DAPAT DITERAPKAN OLEH PENDUDUK DI KAWASAN BERA.TAKLIMAT YANG DIBERIKAN DAPAT MEMBUKA MINDA MEREKA BAHAWASANYA PROGRAM KEBAJIKAN SEBEGINI PERLU DISEMAI OLEH SEMUA PIHAK.KAMI GAKUB MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKYAT BERA KERANA MEMBERI SOKONGAN PADU.KEPADA MEREKA YANG TERLEPAS PELUANG UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI DENGAN KAMI,ANDA BOLEH BERDAFTAR DAN BERURUSAN SERTA MENDAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM INI DI KOPERASI PUTRA BERA.TERIMA KASIH.



"DARI RAKYAT,KEPADA RAKYAT,UNTUK RAKYAT"










*PUBLISH BY MANISA MARKETING & ENTERPRISE*

No comments:

Post a Comment