GABUNGAN KOPERASI UNIVERSITI BERHAD

GABUNGAN KOPERASI UNIVERSITI BERHAD

(UNIT PERHUBUNGAN KEAHLIAN)


ENTITI KORPORAT

Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi,1993 pada tahun 1988,Gakub ialah sebuah gabungan koperasi-koperasi asas seluruh Malaysia yang berdaftar di bawah Akta yang sama.Keanggotaannya adalah terdiri pada amnya daripada koperasi-koperasi IPTA, tetapi koperasi-koperasi berdaftar lain digalakkan juga menjadi anggota.Gakub dimodelkan mengikut The National Federation of University Cooperatives, Japan (NFUCA). Undang-undang Kecil GAKUB yang digunakan sekarang telah dipinda secara keseluruhannya oleh SKM pada tahun 2011

MATLAMAT

Matlamat GAKUB ialah untuk memudahkan operasi anggotanya mengikut prinsip koperasi.

FUNGSI

Fungsi GAKUB ialah PERKHIDMATAN.

AKTIVITI

Bagi mencapai matlamat dan fungsi di atas,Koperasi ini boleh menjalankan aktiviti berikut selaras dengan undang-undang kecil nya:-


-Mendapatkan bekalan barangan secara pukal dan membekalkannya kepada anggota
-Mencetak atau sebaliknya dihantar untuk dicetak buku-buku,majalah -majalah atau sebarang hasil karyawan,kakitangan universiti atau sebagainya.
-Memberi perkhidmatan perundingan dalam bidang kewangan dan pengurusan projek.
-Menerbitkan sebarang buku atau bahan-bahan bacaan yang diperlukan oleh universiti tempatan atau luar negara.
-Menjalankan kerja-kerja kontrak dan pembekalan.
-Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota.
-Membeli,menjual,memindahkan hak milik,mendirikan,menyewa,mencagar,memajak,mengagadai dan memiliki harta alih dan harta tidak alih.
-Melabur wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta
-Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
-Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.



Program Kemudahan Pembangunan Dan Keselamatan Kebajikan dan Kesihatan(PKPKKK)

PKPKKK merupakan sebuah program di bawah naungan Gabungan Koperasi Universiti Berhad (GAKUB).

Ia merupakan Skim terbaru dan terancang yang diperkenalkan oleh GAKUB bertujuan untuk membantu kepada semua individu yang berdaftar dari segi KEBAJIKAN,KESIHATAN dan KESELAMATAN.Keahlian PROGRAM PKPKKK GAKUB terbuka kepada :-

· -Semua individu yang sedang menganggotai koperasi-koperasi di Malaysia dan termasuklah yang telah bersara daripada perkhidmatan.

· -Semua koperasi dimalaysia dan semua kategori lain sebagaimana diluluskan oleh lembaga koperasi dari semasa ke semasa.

· -Semua individu yang mengangotai mana-mana persatuan atau badan NGO di Malaysia.

Namun,program ini juga menekankan individu dari sektor luar bandar dan pelajar,siswazah IPTA,IPTS,IPGM untuk memberi mereka satu intipati yang berfaedah mengenai program ini yang berumur 16 tahun hingga 65 tahun.Terbuka untuk rakyat Malaysia.

Wednesday, 10 October 2012

HalFest (PWTC) 10-14 OKTOBER 2012

Pada 05-07 OKTOBER 2012,Kami memeriahkan Fiesta Bera Siri 3,dan kali ini pula, kami turun ke Halal Fiesta Malaysia(HalFest) untuk meneruskan Program Kebajikan,Kesihatan dan Keselamatan agar rakyat Malaysia dapat mengenali dan lebih memahami objektif sebenar program ini.Pihak GAKUB membuka kepada semua warganegara Malaysia 16 sehingga 65 tahun sahaja layak untuk menjadi ahli PKPKKK. Matlamat kami dalam membantu masyarakat Malaysia agar hidup mereka lebih terbela dan terjamin dengan adanya sokongan anda.Anda boleh menemui kami di Dewan Tun Razak 1 & 2,di Hall 1 di booth kami (1240).Di sini juga kami menyediakan perkhidmatan perlancongan dengan harga yang murah dan anda boleh  mendapatkan Kopi Durian yang amat menyelerakan.Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai kami.
HalFest di PWTC

En.Ghani memberikan penerangan mengenai kelebihan GAKUB.

Pengerusi GAKUB,Prof Hj.Said bin Kadis berbincang  mengenai produk  Kopi Durian yang  mempunyai pasaran dalam GAKUB.




Skuad Utama GAKUB seluruh Malaysia bersama  En.Ghani  Pengurus Operasi Unit Keahlian.




"Dari Rakyat,Kepada Rakyat,Untuk Rakyat"



*publish by manisa marketing & enterprise*

No comments:

Post a Comment