GABUNGAN KOPERASI UNIVERSITI BERHAD

GABUNGAN KOPERASI UNIVERSITI BERHAD

(UNIT PERHUBUNGAN KEAHLIAN)


ENTITI KORPORAT

Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi,1993 pada tahun 1988,Gakub ialah sebuah gabungan koperasi-koperasi asas seluruh Malaysia yang berdaftar di bawah Akta yang sama.Keanggotaannya adalah terdiri pada amnya daripada koperasi-koperasi IPTA, tetapi koperasi-koperasi berdaftar lain digalakkan juga menjadi anggota.Gakub dimodelkan mengikut The National Federation of University Cooperatives, Japan (NFUCA). Undang-undang Kecil GAKUB yang digunakan sekarang telah dipinda secara keseluruhannya oleh SKM pada tahun 2011

MATLAMAT

Matlamat GAKUB ialah untuk memudahkan operasi anggotanya mengikut prinsip koperasi.

FUNGSI

Fungsi GAKUB ialah PERKHIDMATAN.

AKTIVITI

Bagi mencapai matlamat dan fungsi di atas,Koperasi ini boleh menjalankan aktiviti berikut selaras dengan undang-undang kecil nya:-


-Mendapatkan bekalan barangan secara pukal dan membekalkannya kepada anggota
-Mencetak atau sebaliknya dihantar untuk dicetak buku-buku,majalah -majalah atau sebarang hasil karyawan,kakitangan universiti atau sebagainya.
-Memberi perkhidmatan perundingan dalam bidang kewangan dan pengurusan projek.
-Menerbitkan sebarang buku atau bahan-bahan bacaan yang diperlukan oleh universiti tempatan atau luar negara.
-Menjalankan kerja-kerja kontrak dan pembekalan.
-Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota.
-Membeli,menjual,memindahkan hak milik,mendirikan,menyewa,mencagar,memajak,mengagadai dan memiliki harta alih dan harta tidak alih.
-Melabur wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta
-Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
-Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.



Program Kemudahan Pembangunan Dan Keselamatan Kebajikan dan Kesihatan(PKPKKK)

PKPKKK merupakan sebuah program di bawah naungan Gabungan Koperasi Universiti Berhad (GAKUB).

Ia merupakan Skim terbaru dan terancang yang diperkenalkan oleh GAKUB bertujuan untuk membantu kepada semua individu yang berdaftar dari segi KEBAJIKAN,KESIHATAN dan KESELAMATAN.Keahlian PROGRAM PKPKKK GAKUB terbuka kepada :-

· -Semua individu yang sedang menganggotai koperasi-koperasi di Malaysia dan termasuklah yang telah bersara daripada perkhidmatan.

· -Semua koperasi dimalaysia dan semua kategori lain sebagaimana diluluskan oleh lembaga koperasi dari semasa ke semasa.

· -Semua individu yang mengangotai mana-mana persatuan atau badan NGO di Malaysia.

Namun,program ini juga menekankan individu dari sektor luar bandar dan pelajar,siswazah IPTA,IPTS,IPGM untuk memberi mereka satu intipati yang berfaedah mengenai program ini yang berumur 16 tahun hingga 65 tahun.Terbuka untuk rakyat Malaysia.

Tuesday, 25 September 2012

RM40,000.00 MILIK ANDA DENGAN HANYA RM10.00 SAHAJA



Demi menjaga kebajikan,kesihatan dan keselamatan diri kita tidak salah rasanya jika kita keluarkan RM10.00 sahaja bagi memiliki kehidupan yang lebih bermakna bukan? Jika bukan untuk diri anda,cuba anda fikirkan untuk kedua orang tua anda ataupun isteri/suami dan anak-anak anda yang masih memerlukan anda.Skim ini bukan satu yang merugikan,malah ia ditubuhkan bagi membantu dan mempelihara institusi keluarga anda.Gabungan Koperasi Universiti Berhad telah mengkaji mengenai Program(PKPKKK) ini,dan percaya melalui program ini ia dapat membantu sebahagian besar masyarakat dan juga rakyat Malaysia hari ini melalui skim ini.Sekiranya RM10.00 ini masih besar lagi bagi anda untuk menjamin kebajikan kehidupan anda,cuba anda fikirkan duit yang anda keluarkan setiap hari bagi tujuan yang bukan keperluan seperti membeli rokok,topup atau pun lain-lain.Malahan,potongan 50% akan diberikan kepada anak-anak anda untuk memiliki skim ini sekiranya anda telah menjadi ahli PKPKKK ini.Mungkin hari ini tidak bermakna bagi anda.Tapi cuba fikir dengan satu pandangan yang jauh sekiranya terjadi apa-apa terhadap anda.Semua Warganegara layak untuk memiliki skim ini.Skim ini juga lebih ditekankan lagi untuk masyarakat luar bandar yang tidak mampu untuk memiliki insuren diri ataupun keluarga.Disinilah peluang anda untuk memilikinya dengan segera.Kehadiran anda untuk menjadi sebahagian dari kami amatlah kami alu-alukan.Keputusan ditangan anda.Anda yang memilih.Jangan lepaskan peluang ini sebelum terlambat.Segala pertanyaan boleh diusulkan dilaman blog ini ataupun email ke gakubzontimur@yahoo.com ataupun terus hubungi kami(CAWANGAN ZON TIMUR 09-773 0577/09-773 0577) @ (KUALA LUMPUR 03-6277 7006/03-6262 7006) .Bersama-samalah kita menjamin kebajikan,kesihatan dan kemudahan keluarga kita melalui program ini.Ingatlah insan yang tersayang.





"Dari Rakyat,Kepada Rakyat,Untuk Rakyat"






*publish by manisa marketing&enterprise*

13 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Sekiranya saya berada di Johor dan berminat untuk mengikuti program ini.Bolehkah pihak anda buat satu seminar untuk penduduk kawasan perumahan kami??

    En.Said Ahmad
    kota_hijau@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      En.Ahmad boleh emailkan kepada kami tempat,tarikh dan nyatakan no tel yang membolehkan kami hubungi encik.
      emailkan kepada : gakubzontimur@yahoo.com atau terus hubungi pejabat 09-773 0577(bahagian pengurusan untuk membantu encik.Terimakasih.

      Delete
  2. hello,program ni juz untuk melayu je k??

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera,program ini terbuka kepada semua bangsa dan warganegara Malaysia.Tuan/Puan boleh hubungi kami ditalian yang tertera untuk keterangan yang lebih lanjut.tq

    ReplyDelete
  4. daftar secara online boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantar butiran diri ke gakubzontimur@yahoo.com.tq

      Delete
    2. tapi mcm mana nak tau pendaftaran ini sah? bila daftar ada form2 yang perlu bg pda pihak kami tak sebagai bukti??

      Delete
    3. Sila hubungi kami ditalian tertera ataupun emailkan no.tel Tuan/Puan untuk kami hubungi.Moderator yang bertanggungjawab dikawasan Tuan/Puan akan membantu Tuan/Puan.tq

      Delete
  5. bagus program ni,kalau saya nak wawarkan pada penduduk or KRT tempat saya mcm mana?
    langkah99_jebat@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. owh,penduduk taman pun boleh amik juga erk
    ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat sejahtera.Kami sudah nyatakan di laman blog bagi pihak-pihak yang boleh menyertai.tq

      Delete
    2. ok2..kalau saya nak berurusan di ipoh mcm mana?

      Delete